Thursday 30 June 2011

Puding, Cake, Lempeng, Keli, Sayur, Kailan =) kenyang

Kailan Ikan Masin,,, ikut resipi, patut letak sos tiram tetapi sbb Abah tak boleh makan sos tiram, aku tak letak. Bagi aku dh masin , tapi Ma kata kalau ikut kan perlu masin agy. Uish.... Masinnye
Walaupun berada di dapur, online tetap online. Hehehe.. Letak saja laptop di mana-mana asalkan selamat. Kadang-kadang laptop pun ada bau bawang, ikan etc. (^_^)/



Ikan Keli Goreng, Ma masak, aku makan.. sedapnyaaa.. Alamak, tengah puasa la sekarang, menggugat iman betul tengok ikan keli ni

Sebenarnya aku ada buat sup sayur dan Ma pulak buat ikan keli cili api sebagai hidangan utama tetapi terlupa untuk menangkap gambar pula. Aish..

RIWAYAT HIDUP PUDING SUSU BUAH-BUAHAN (~_~)
SEBELUM KERAS (ni acuan yang dibeli kakak aku dr TUPPERWARE (promote jap)..hihi)
SELEPAS KERAS
SELEPAS DIMAKAN, DIAGIHKAN KEPADA JIRAN DAN SEPUPU



aku tak boleh makan la..manis sangat. Tapi memang macam tu rasanya.








"DEATH BY CHOCOLATE CAKE".. nama yang diberi.. Kenapa? Jangan tanya aku. Tanya org yg cipta resipi ini. (^_^)/ second time buat . Rasa sama tapi berwajah lain. Pelik bin ajaib.
 Tak pe, apa yang ada pada rupa, yang penting dalam nya. ehem3
Kakak kedua yg merupakn chef utama bg menu ini.Aku hanya penyemak sahaja.. hee~

 "Kerana percayakan Siti..uu.uu... bla bla..Oh goreng lempeng, lempengnya hangus.. ".. Sementara menunggu kek siap dibakar, sempat pula menggoreng lempeng yang siap diadun oleh kakak sulung. "Thank you so much, akak" kerana menambahkan kerja..hahah.. anggap la ianya sebagai SUPPER. Ma kata "aik, lempeng pun nak masuk blog?".. haha.. asalkan makanan.. masukkan saja


Sekian riwayat hidup dapur di rumah semalam. Semalam, dapur tu ada bau ikan masin, sayur, ikan keli, puding, cake, lempeng etc etc.. haha.. hari ini tak masak apa-apa. Qada' semalam. Bukak puasa pun dekat luar =)

Tuesday 28 June 2011

Cooking..

  makaroni bakar berempah.. nyam..nyam. makaroni bakar berempah ada rasa kari sikit. Pedas sikit.Oleh, itu, better letak garam byk sikit supaya tak rasa tawar. Rujukan : berminat untuk mencuba?? sila rujuk sini (macam iklan la pulak) haha



Menu pada tengahari semalam adalah sup ayam AYAM SAMBAL, SAYUR GORENG, Ayam goreng berempah.... namun diri ini makan tengahari pada pukul             8 malam sebab terlupa nk makan?? boleh pulak gitu.. hiihihih

Sunday 26 June 2011

Destroying the kitchen

sebenarnya, aku pun tak tahu makhluk apa yang telah merasuk diri aku semenjak beberapa minggu lalu apabila aku lebih banyak bersama dapur yang tercinta berbanding televisyen yang dulunya merupakan sahabat karibku.. TV, ASTRO..jgn terasa hati kerana aku dh ada sahabat baru.. hihihi..

erm, kalau tidak silap aku, first experiment adalah makaroni bakar dan kemudian ialah makaroni kentang berkeju.. berkilo2 makaroni aku menghabiskan.. hehe (tiada gambar sebagai bukti kerana tak terpikir utk meng"post" ttg ini pada mulanya.


kemudian, start mood nak buat kek pula. So, first kek adalah memasak kek batik. Haha.. Layakkah kek batik dikira sebagai kek kerana sungguh senang sangat membuatnya
kek batik - 1 cawan milo, 1/2 cawan serbuk koko, 3/4 cawan gula, 1 cawan air, 1/2 butter, 2 biji telur, 360 gm biskut marie..
 Kakak aku merupakan penggemar kek batik jadi kalau aku buat kek batik, tak perlu risau kerana pasti dpt dihabiskan. MaSuk semalam, sudah 3 kali aku buat kek batik, menunjukkan betapa senangnya nak buat.. Cantik atau tidak belakang kira, asalkan rasa ceeeedap (masuk  bakul angkat sendiri).. homemade..


 kemudian, buat kek coklat pula. Nama memang maut punya, "death by chocolate cake". ada lapis2..tapi still chocolate juga rasanya. resipinya just google atau search di myresipi.com. Bagus website tu bg amatur macam aku. (^_^). Sebenarnya, hanya 30% dibuat oleh aku..yg selebihnya oleh kaklina. =P

resipi "dealth by chocolate cake".. mesti cuba (^_^)/
 comelnya, anak sedara sapa la nih. hehe. ini adalah puding coklat. Puding coklat pertama yang aku buat. Namun, rasanya tidak menepati citarasa kami sekeluarga. Mak aku kata, ni style orang dulu dulu-dulu buat. Rasa macam makan santan bukan puding coklat. Huhu. kecewa..  anak sedara aku ni pula gembira kerana dia boleh main potong-memotong puding, Bukan nak makan tapi nak main masak-masak pula . =,=
 Walau bagaimanapun, perjuangan masih perlu diteruskan. Puding coklat kedua atau
"rich choc puding"warnanya lebih pekat berbanding puding coklat yang pertama, bukan? Rasanya pun sungguh ke"coklat"an. Menggunakan resipi lain yang dijumpai dlm website myresipi.com. Thanks my sis becoz she was the one who gave me the idea. "kalau nak masak apa-apa, cari resipi di myresipi.com. Confirm sedap".

Puding Marble. HEHE.









Tiap-tiap hari ada saja rasa nak cuba masak sesuatu yang baru. Puding itu, puding ini. Tapi mak dah bersungut. Dia suruh aku buat masakan yang boleh dimakan dengan nasi rather than buat benda-benda manis kerana runsingkan kadar gula dalam darah.

Jadi, menu yang boleh aku masak untuk tengahari hanya lah sup sayur (menu wajib).. telur masak sambal(idea kawan aku), telur dadar mayonis etc... wahai sahabat-sahabat yang lain. Jika ada idea apa yang patut aku masak lagi, silalah bagitahu..suka mencuba tapi jangan la pula suruh masak yang payah-payah ye sayang oi..


"WAHAI DAPUR, JANGAN LAH DIKAU MENYAMPAH MELIHAT AKU MENHANCURKAN KEADAANMU especially asyik bersepah dengan serbuk koko".. -jika perasan, asyik masak benda2 yang perisa coklat sahaja..hehehe

Wednesday 22 June 2011

berubah wajah

Assalamulaikum..

setelah berperang dgn google account, akhirnye aku mengalah juga dan menerima kenyataan bahawa aku lupa password account aku... huhu.. apa kan daya. Sudah nasib badan. Nampaknya aku terpaksa bermula dari mula.

Untuk pengetahuan sesiapa yang sudi membaca post yang tidak seberapa ini, inilah link blog aku yang hanya tinggal kenangan kerana diri ini tidak mampu meng"update" lagi dek terlupa password.

http://lovelythorn.blogspot.com

Jadi, Moral of the story....Jangan mengambil mudah isu password ini kerana =>
kerana santan puding binasa
kerana password, blog binasa

Disebabkan cuti yang lama, rasa diri ini ingin berjinak-jinak semula dlm dunia blogging ini selepas lama menyembunyikan diri di sebalik semak. =P... looking forward untuk berkomen dan dikomen oleh rakan2 blogger semua..

Salam alaik