Pada mulanya aku tak dapat bezakan antara baju tradisional korea dan jepun.
Di sini, kami bukan sahaja mencuba pakaian tradisional, malah dapat juga kami membuat kimchi.
Makanan wajib orang korea. Di setiap restoran yang kami menjamu selera pasti akan dihidangkan kimchi tapi langsung tidak disentuh..hehe. tak kene dengan selera orang melayu kut.
Terdapat 12 bahan untuk membuat sos kimchi. Bukan senang untuk membuatnya. Adeh, aku pun dah lupa apa yang diberitahu tentang pembuatan kimchi ini. Rumit sangat.
Bila tangkap gambar, mereka biasa sebut , "KIMCHIIIIII"... ganti "PEACEEEEE" yang sering kita gunakan.
Tour guide ku amat memahami cara pamakanan orang di Malaysia kerana beliau juga pernah menjejak kaki di Malaysia. Dia kata dalam bhs inggeris , "Orang Malaysia makan macam buffet..banyak".. haha. memang betul pun. Makanan sebenarnya musuh keshatan di Malaysia. Orang di negara lain mati kebuluran tapi kita di Malaysia mati kerana terlebih makan. Beringatlah sebelum terlambat (aku un masak manis-manis dan banyak kolesterol).. haha.. kita lihat pada apa yang dikatakan bukan pada siapa yang mengatakannya, betul tak? (^____^)/
"bear" adalaha binatang yang amat penting di korea kerana mereka mempunyai kisah dongeng mengenai beruang dan asal-usul orang korea.
Tersebutlah kisah, di zaman dahulu kala. tidak terdapat manusia di bumi korea. Oleh itu, Tuhan biarkan seekor beruang dan seekor harimau dalam sebuah gua. mereka tidak dibenarkan makan daging selama 100 hari atau 100tahun (tak ingt pulak). Namun, si harimau tidak mampu bertahan dan keluar dr gua untuk mencari makanan. Tinggallah beruang dengan penuh akur. Tuhan kagum dengan sifat penyabar beruang dan beruang itu dijadukan manusia dan dikahwinkan dengan anak Tuhan, mengandung dan dapat anak. Anak itu adalah orang korea pertama.. emm... dongeng, kan?? sekadar berkongsi tentang kisah mereka. Padahal tidak ramai pun orang korea yang mempercayainya pun. Anggaplah ia sebagai kisah yang unik untuk diperdengarkan kepada anak cucu mereka. Lagipun, apa yang ingin ditekankan di sini adalah menunjukkan asal-usul orang Korea yang penyabar.
Selepas selesai makan ais krim Turkish yang sungguh enak di tepi jalan, mata kami menular, mencari tong sampah untuk membuang sampah. Setelah beberapa minit kami mencarii, akhirnya kami akur..memang tiada tong sampah yang disediakan di tepi-tepi jalan seperti di Malaysia.
Memang budaya orang di sini adalah membawa plastik sendiri dari rumah, memasukkan sampah digunakan dan letak ke dalah beg. Tiba sahaja di rumah, buang di tong sampah rumah. Logik akal, boleh je buang tepi jalan macam yang kita lihat di negara kita bukan? puntung rokok bersepah-sepah, kotak air mencemarkan pemandangan kota raya, straw, kertas. Kenapa mereka tidak buang saja tapi sengaja melecehkan diri dengan membawa sampah ke hulu- kehilir?? Ini kerana budaya mereka adalah , "anda suka kebersihan, anda jaga".. Ya! Memang mereka menjaga kebersihan. Kalau lah kita buang sampah dalam beg plastik dan tinggalkan di tepi jalan, tidak akan ada cleaner yang datang kutip KECUALI beg plastik kita ada cop kerajaan korea, di mana anda boleh membeli beg plastik itu. Jika ada cop, barulah cleaner kutip. Tapi mahal beg plastik tu rasa tidak berbaloi. Baik la bawak balik rumah. Tengok! Mungkin cara mereka pelik bagi kita tp bila kita fikir dari segi jangka masa panjang dan positif, sebab itu lah negara mereka sentiasa bersih.
Kebersihan separuh daripada iman. tetapi, Kebersihan ada di negara bukan Islam, renung-renungkan lah (untuk diriku juga)