Monday 11 July 2011

Aku, Kami dan KOREA (2)






Pada mulanya aku tak dapat bezakan antara baju tradisional korea dan jepun.





Di sini, kami bukan sahaja mencuba pakaian tradisional, malah dapat juga kami membuat kimchi. 




Makanan wajib orang korea. Di setiap restoran yang kami menjamu selera pasti akan dihidangkan kimchi tapi langsung tidak disentuh..hehe. tak kene dengan selera orang melayu kut.

Terdapat 12 bahan untuk membuat sos kimchi. Bukan senang untuk membuatnya. Adeh, aku pun dah lupa apa yang diberitahu tentang pembuatan kimchi ini. Rumit sangat.

Bila tangkap gambar, mereka biasa sebut , "KIMCHIIIIII"... ganti "PEACEEEEE" yang sering kita gunakan.



Tour guide ku amat memahami cara pamakanan orang di Malaysia kerana beliau juga pernah menjejak kaki di Malaysia. Dia kata dalam bhs inggeris , "Orang Malaysia makan macam buffet..banyak".. haha. memang betul pun. Makanan sebenarnya musuh keshatan di Malaysia. Orang di negara lain mati kebuluran tapi kita di Malaysia mati kerana terlebih makan. Beringatlah sebelum terlambat (aku un masak manis-manis dan banyak kolesterol).. haha.. kita lihat pada apa yang dikatakan bukan pada siapa yang mengatakannya, betul tak? (^____^)/




"bear" adalaha binatang yang amat penting di korea kerana mereka mempunyai kisah dongeng mengenai beruang dan asal-usul orang korea.
Tersebutlah kisah, di zaman dahulu kala. tidak terdapat manusia di bumi korea. Oleh itu, Tuhan biarkan seekor beruang dan seekor harimau dalam sebuah gua. mereka tidak dibenarkan makan daging selama 100 hari atau 100tahun (tak ingt pulak). Namun, si harimau tidak mampu bertahan dan keluar dr gua untuk mencari makanan. Tinggallah beruang dengan penuh akur. Tuhan kagum dengan sifat penyabar beruang dan beruang itu dijadukan manusia dan dikahwinkan dengan anak Tuhan, mengandung dan dapat anak. Anak itu adalah orang korea pertama.. emm... dongeng, kan?? sekadar berkongsi tentang kisah mereka. Padahal tidak ramai pun orang korea yang mempercayainya pun. Anggaplah ia sebagai kisah yang unik untuk diperdengarkan kepada anak cucu mereka. Lagipun, apa yang ingin ditekankan di sini adalah menunjukkan asal-usul orang Korea yang penyabar.  

Selepas selesai makan ais krim Turkish yang sungguh enak di tepi jalan, mata kami menular, mencari tong sampah untuk membuang sampah. Setelah beberapa minit kami mencarii, akhirnya kami akur..memang tiada tong sampah yang disediakan di tepi-tepi jalan seperti di Malaysia. 
Memang budaya orang di sini adalah membawa plastik sendiri dari rumah, memasukkan sampah digunakan dan letak ke dalah beg. Tiba sahaja di rumah, buang di tong sampah rumah. Logik akal, boleh je buang tepi jalan macam yang kita lihat di negara kita bukan? puntung rokok bersepah-sepah, kotak air mencemarkan pemandangan kota raya, straw, kertas. Kenapa mereka tidak buang saja tapi sengaja melecehkan diri dengan membawa sampah ke hulu- kehilir?? Ini kerana budaya mereka adalah , "anda suka kebersihan, anda jaga".. Ya! Memang mereka menjaga kebersihan. Kalau lah kita buang sampah dalam beg plastik dan tinggalkan di tepi jalan, tidak akan ada cleaner yang datang kutip KECUALI beg plastik kita ada cop kerajaan korea, di mana anda boleh membeli beg plastik itu. Jika ada cop, barulah cleaner kutip. Tapi mahal beg plastik tu rasa tidak berbaloi. Baik la bawak balik rumah. Tengok! Mungkin cara mereka pelik bagi kita tp bila kita fikir dari segi jangka masa panjang dan positif, sebab itu lah negara mereka sentiasa bersih.  

Kebersihan separuh daripada iman. tetapi, Kebersihan ada di negara bukan Islam, renung-renungkan lah (untuk diriku juga)





11 comments:

  1. ya saya sokong statement last2 tu! :)

    ReplyDelete
  2. mne 'like' nye nih. tkde pon??
    tkpe
    saya 'Like'

    ReplyDelete
  3. hahahah... i said "like" tu maksudnye aku "like" ko punye komen la... adeh2

    ReplyDelete
  4. panjang sgt mcm novel...
    letih bace...
    anyway, mah yek eh demo tahu sejaroh koria

    ReplyDelete
  5. hahaha...byk agy la cite diorg yang aku dengar.. sbb tour guide kitorg tu bnyk ilmu..so, byk ar die bgtau kitog,.. best gile..sume ade..cite gembira..cite sedey...cite kelakar..cite tak logik

    ReplyDelete
  6. sekadar berkongsi perbncgan kami di FB..leh wat kenangan.ahak3

    Razak Jalal :sampah un bwk plastik sndri?? 0_0

    Liyana Syamimy: Haha. Aritu, ktorg kene kuarkan baju dr plastik bag sbb nk gune plastik tu. Haha. Xda tong sampah tp xda gk sampah bersepah2. Cyk x?


    Razak Jalal: waaaahh,pcaye2.ayah aq un ckp cm2 gak.sme cm kat australia n jepun.klu wat kat mlaysia cm2,haihh,mg btimbun laa smpah2.bgz r dorg.ikot value islam.tp sygnye dowg xd agama.

    Liyana Syamimy: Haha. Mmg ar. Dah ad tong un buang kat tepi jalan. Apetah ag kalu xda tong. Agagaga. Wei, diorg ad agama ar. Bkti diaorg takot dgn agama diorg kan, xda kes kecurian kat sane. Even umah dn kereta pun xperlu bkunci. Kita pulak, kat parking lot tu un bhy. Ad je pnjenayah menunggu. Aduhai.

    Razak Jalal: yewke?wahh,tringin plak nk g korea nk observe adab2 dowg kat sne.msty ase mlu gle kn.ish3 :D

    Liyana Syamimy: Haha. G ar. Best gle.

    ReplyDelete
  7. Berfesbooking dgn my girlfriends... windu diorg

    Farah Wahida Ismail: abes dh bca..comelnya hg pkai bju tradisional korea=)
    21 hours ago · Unlike · 1 person

    Farah Wahida Ismail: xjelesla~heh...ak lbey ska pi ayaq trjun~lalala..

    Liyana Syamimy hahhahahahahahahahahahahha​hahahahhahahahahhahahahaha​..gagagagagagaggagagaggaga​gaggaga

    Liyana Syamimy: ala..baru ingt nk ajak gi korea mase tahun 3 nih

    Farah Wahida Ismail: hehe~mimy xbtol...rndu kt hgla..

    Liyana Syamimy: cam gitu, kite gi ayaq terjun je la program antarabangsa nnti =)

    Liyana Syamimy: apesal lak.. "mimy xbtol"??? Farah Wahida Ismail, aku un windu hangg... heheheheh.. bermesra di sini

    Farah Wahida Ismail: xde ahh~hg glak pnjg sgt, mcm xbtol ja=p kih3~klo kta pi ayaq trjun, mst bdk2 klas kta xpuas ati..depa nk pi oversea=p

    Liyana Syamimy: hahaha...tau xpe..ko jela yg sonok..yg dak2 len kompem muncung memanjang.... ahahahaha

    Farah Wahida Ismail: ngee~mmg fakta yg xley dsangkal...

    Aysha Semah : Ak baru baca td...best r..tgok gmbar pon da ckup..tanx sbb share experience....haha...nk gi x mampu...=)

    Liyana Syamimy : hahaha..byk agy yang..aku wat draft sampai 5..nk tulis sume dlm satu post..mcm banyak sgt

    Farah Wahida Ismail: ‎10 pon ak mst abes bca, insyA..^_~

    Liyana Syamimy :i like i like.. hahah..

    ReplyDelete
  8. mimy..perlu ke letak komen semua kekawan kite tu?? besar x pakai bju mengandung tu? hehe..maca nak terjatuh jer (sbb terpijak kain)

    ReplyDelete
  9. perlu..kenangan..heheh

    baju mengandung???? heheheh

    ReplyDelete