Saturday, 9 July 2011

Aku, Kami dan KOREA (1)

Selepas ditegur oleh beberapa sahabat kerana blog aku ini dah macam blog masakan, aku meluangkan jua masa untuk menulis tentang sesuatu lebih ilmiah berdasarkan pengalaman yang sungguh mengasyikkan dan tidak akan dapat aku lupakan (aceeeeeewah)... KOREA!!..muahhh xD


tanggal 8 mei 2011 adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ke negara drama2 jiwang yang sentiasa disiarkan di Malaysia, Korea. Pelancongan kali kedua ini lebih bermakna. Sejujurnya jika ditanya apa yang aku dpt timba di negara org ni, mmg banyak sekali. dr segi budaya, peradaban, sejarah, permandangan, pemikiran.

ISTANA 
(ini adalah salah satu istana di korea. Bukan istana ini yang aku lawati pada pelancongan yang lalu. Agak kecil dr Istana Chandeokgong, istana yang pertama kujejaki.). Kami dihiburkan dengan persembahan. Apa yang dipersembahkan adalah majlis pertukaran pengawal-pengawal istana.



 Ini ialah tangga membawa pemerintah pada zaman dahulu. Rakyat biasa dilarang melaluinya.

Kelihatan di pintu masuk istana seperti ada adalah kayu2 yang menaik dan menurun. Kenapa? Ini adalah demi penghormatan. Tangga ini memerlukan sesiapa sahaja yang memasuki istana untuk menundukkan kepala kerana perlu melihat langkah mereka. Jika tidak, pasti akan tersungkur. Bukan sahaja rakyat, malah raja juga perlu melakukan begitu. Jika sesiapa sahaja berjalan sambil melihat langkah, kelihatan seperti menunduk, jadi itu seperti tanda penghormatan kepada sesiapa sahaja yang berada di istana. Betapa tunduk itu penting.



JEJU ISLAND. Jeju Island pada zaman dahulu adalah kawasan orang yang dibuang negeri. Jika pemerintah mengarahkan rakyatnya utk ke jeju island adalah sebagai satu balasan atau hukuman kerana perjalanan ke jeju island mengambil masa dan mereka diarahkan ke sana tanpa kenderaan. Mereka pastinya akan mati kerana keletihan dan kebuluran. Namun  Jeju Island pada masa kini adalah kawasan pelancongan yang mengasyikkan.


Malah, terdapat satu tempat yang sungguh unik iaitu MYSTERY ROAD. Bayangkan jika kita biarkan kenderaan kita pada gear bebas ketika menaiki bukit, pasti tidak akan naik bukan? tapi tidak!! pada pandangan kita, kita sedang mendaki bukit. Perasaan aku bercampur. Kagum + pelik + terpegun + seram = keliru. haha.  Anda boleh google sahaja utk mengetahui keunikan tempat ini dengan lebih mendalam. Namun, apa yang aku boleh summarize di sini adalah, tempat itu unik kerana faktor OPTICAL ILLUSION. Ada satu kawasan di mystery road tersebut yang kelihatan seperti kita menaiki bukit tapi sebenarnya kita menuruni bukit.Tour guide kami, Mr.Park dengan nada selamba kata, "see, there are ghosts pushing our bus"... adeh..dah la aku ini penakut. kejam betul


 Ini adalah patung yang dipercayai bahawa jika seorang wanita ingin hamil anak lelaki, pegang hidung patung itu, nanti doanya dimakbulkan (aku tak percaya tau..jangan salah paham).. peluk batu tu sebab rase cute la pulak.. haha

Kemudian, kami juga dapat mempelajari beberapa pemikiran rakyat Korea di sana.
Mari kita membezakan pemahaman, pemikiran dan budaya mereka dan kita di Malaysia.

Kami diberitahu bahawa rakyat Korea sudah biasa dengan "DIY"..do it yourself!! Sungguh berbeza dengan kita yang sering dimanjakan dan meminta pertolongan. Bagi mereka, meminta pertolongan adalah sesuatu yang amat memalukan diri kerana anda seperti tidak berdikari.

Dari sini kita diberitahu bahawa jika makan di restoran KFC atau mana-mana restoran, pelanggan akan membersihkan meja bekas makan sendiri dan menyusunnya semula untuk pelanggan-pelanggan seterusnya. Perlu lap, susun meja kerusi dan pinggan mangkuk. Cuba kita sebutkan satu sahaja pun dah cukup, restoran mana di Malaysia yang mempunyai cara yang sama. Tiada bukan? Kita sering tinggalkan sahaja bekas makan kita dan beredar selepas membayar.

Jika kami ke hotel, tiada langsung bell boy untuk membantu kami mengangkat barang ke bilik. Troli pun kami yang akan bawa sendiri. Kami sudah bertukar beberapa hotel sepanjang 8 hari 6 malam kami di sana. Tiada langsung servis yang menyerupai hotel di Malaysia walau semewah mana pun hotel tersebut. Bahkan hotel yang hanya 3 bintang di Malaysia pun ada bell boy . Holiday Inn, Korea merupakan hotel yang bertaraf dunia kerana di situ lah ditempatkan atlet-atlet Olimpik. Tapi seperti aku katakan tadi, DIY!! hehehe.. best2. jangan terlalu manja.



Cukup setakat ini dahulu perkongsian tentang KOREA, aku akan sambung lagi di post yang lain, Insyaallah. Sesungguhnya banyak lagi yang dapat aku kongsikan di sini.(sbnrnye aku dh buat 3 draft...haha)
yeeeeha... abes pun satu karangan peringkat tadika (^_______^)/



p/s :HOLIDAY INN (hotel paling grand)..haha






15 comments:

  1. puas sangt!!!! suke2... hahah.. tu je komen kamu.. cm langsung xbace je post aku nih... hahaha...

    ReplyDelete
  2. abang cumell aku pergi ya? jg leklok ya =)

    ReplyDelete
  3. A'ah. Pegi satu famili kcuali abah. Abg aku tu ok je spnjan pjalanan. Alhamdulillah. Bërkat mak sntiasa bdoa spy pjalanan bjalan dgn lncr. :-)

    ReplyDelete
  4. bestnyer..ok2...ni bru nak buat jeles..huhu...
    x try buat2 masuk tmpt larangan die k? buatlah x paham tulisan n bhs korea n english..hehe..yg patung tu, x salah kalu mimy nak pegang hidungnya pun...hehe (tunggu 7 thun lagilah..sbb kate nak kawin after HO kan??) hurm..agak2nya, kalu lah restoran2 malaysia buat DIY, ade ke nak pegi??? baik pasang org gaji kat umah...sure duit kita pun x abis utk KFC, n that all kind of junk food..esp to u..hehe

    ReplyDelete
  5. jeles??? tulah tujuanku sbnrnye.. hahah.. act ade byk yang wat2 xpaham tulisan korea..nnti aku post agy... aish... pegang hidung??? jgn nak merepek.. ipah ar pegang...

    DIY?? ok ape.. atleast sume org aku makan dgn berhati2 ..xde la tulang ayam terpelanting sana sini..nasi sepah kat kerusi.. tul x?? haha... agy satu, lupe nk cite... kat korea, xde nye diorg nak hire org gaji sbbnye kalau hire org gaji especially utk jaga anak, adalah sebanyak gaji isteri tau..sbb tu after marriage, si pompuan sll jd suri rumah je... kalau dlm filem ade org gaji tu mmg menunjukkan kaya sgt ar

    ReplyDelete
  6. oo ni la cte psal ke korea tu eh.. untunglah dpt gi oversea kn.. Afiq tk berpeluang lgsg pn lg..
    tp currency sne cmne ye? dgr cte duit korea rendah skit nilainya daripada nilai mata wang ringgit malaysia? btul eh? kalo cmtu senang la skit nk gi korea sbb murah. :)
    insyaAllah

    ReplyDelete
  7. adeh.... mmg ar currency die rendah.. tp, barang2 sane mahal tau..lebih mahal dr Malaysia.. Bju T-shirt yg boleh jd rm10 di Malaysia adalah rm45-50 di sane tau...

    matawangnye ada won.. rm3 malaysia = 1 000 won..

    ReplyDelete
  8. huhu... kan dah kate lepas HO..salah paham betull lah cik mimy nie...

    hehh..jauh benar nampaknya nak apply kat malaysia., DIY tu...
    haha...laa..kalu jatuh tulang tu, kutip..kih3...

    ReplyDelete
  9. hahaha..aku sll biar je kalau tulang terpelanting.. hahahah... bukan keje aku... agagagaga

    ReplyDelete
  10. copy and paste dr fb...

    Razak Jalal: wah2,mg bez,bia btol korg kne kms sndri meja pas mkn.kinda weird.

    Liyana Syamimy: haha..kami tak yah sbb kami ni pelncong kut.. tp mmg kene kalau dtg mcm homestay dn nk bljr culture die... pelik2... banyak agy sbnrnye..kalu ko rajin nk bace... aku leh bg link bile dh siap.. byk ar..pasal kebersihan...pasal perckpan

    Razak Jalal: ha nk2,nt bg aq,bez gak blaja psl behaviour owg korea ni.msty plik2 je sume.interesting :D

    Liyana Syamimy: bagi kite, diorg pelik..bg diorg, kite lak yg pelik..hahah

    ReplyDelete
  11. una n fmly pas makan slalu je kmas meja .. siap lap2 meja ngn tisu susun2 pinggan bia snang nk angkat.. ahaha.. tk basuh je la.. bagus kn kn kn... kmas atas meja je bwh meja tk la..

    ------una-------

    ReplyDelete
  12. waaaaaaaah...hahah..bagus gile... aku wat dono je... .apesal ko tak sapu sekali? ,mop ke... ahaha

    ReplyDelete
  13. nt pekerja tkda kje pulak... haha


    ------una--------

    ReplyDelete