Di sini, kami bukan sahaja mencuba pakaian tradisional, malah dapat juga kami membuat kimchi.
Terdapat 12 bahan untuk membuat sos kimchi. Bukan senang untuk membuatnya. Adeh, aku pun dah lupa apa yang diberitahu tentang pembuatan kimchi ini. Rumit sangat.
Bila tangkap gambar, mereka biasa sebut , "KIMCHIIIIII"... ganti "PEACEEEEE" yang sering kita gunakan.
"bear" adalaha binatang yang amat penting di korea kerana mereka mempunyai kisah dongeng mengenai beruang dan asal-usul orang korea.
Selepas selesai makan ais krim Turkish yang sungguh enak di tepi jalan, mata kami menular, mencari tong sampah untuk membuang sampah. Setelah beberapa minit kami mencarii, akhirnya kami akur..memang tiada tong sampah yang disediakan di tepi-tepi jalan seperti di Malaysia.
Memang budaya orang di sini adalah membawa plastik sendiri dari rumah, memasukkan sampah digunakan dan letak ke dalah beg. Tiba sahaja di rumah, buang di tong sampah rumah. Logik akal, boleh je buang tepi jalan macam yang kita lihat di negara kita bukan? puntung rokok bersepah-sepah, kotak air mencemarkan pemandangan kota raya, straw, kertas. Kenapa mereka tidak buang saja tapi sengaja melecehkan diri dengan membawa sampah ke hulu- kehilir?? Ini kerana budaya mereka adalah , "anda suka kebersihan, anda jaga".. Ya! Memang mereka menjaga kebersihan. Kalau lah kita buang sampah dalam beg plastik dan tinggalkan di tepi jalan, tidak akan ada cleaner yang datang kutip KECUALI beg plastik kita ada cop kerajaan korea, di mana anda boleh membeli beg plastik itu. Jika ada cop, barulah cleaner kutip. Tapi mahal beg plastik tu rasa tidak berbaloi. Baik la bawak balik rumah. Tengok! Mungkin cara mereka pelik bagi kita tp bila kita fikir dari segi jangka masa panjang dan positif, sebab itu lah negara mereka sentiasa bersih.
Kebersihan separuh daripada iman. tetapi, Kebersihan ada di negara bukan Islam, renung-renungkan lah (untuk diriku juga)